Angela Merkel ikrar perangi perubahan iklim

Iklan
Angela Merkel

BERLIN - Canselor Jerman, Angela Merkel menerusi mesej sempena Tahun Baru berikrar memerangi perubahan iklim bagi membolehkan generasi pada masa depan hidup makmur dan aman damai.

"Pemanasan global adalah nyata. Ia sememangnya satu ancaman besar. Kenaikan suhu dunia dan masalah berkaitan fenomena itu semuanya berpunca daripada manusia.

Iklan
Iklan

"Oleh itu, kita perlu lakukan segalanya untuk mengatasi cabaran kepada manusia itu. Ia bukan perkara yang mustahil," katanya dalam ucapan yang direkodkan.

Menurutnya, beliau tidak lagi akan berdepan impak perubahan iklim memandangkan usianya kini sudah mencecah 65 tahun.

Iklan

"Anak dan cucu kita yang akan terkesan akibat sikap tidak ambil peduli kita. Oleh sebab itu, saya akan menggunakan seluruh kekuatan saya untuk memastikan Jerman menyumbang kepada ekologi, ekonomi dan sosial untuk mengawal perubahan iklim ini," katanya.

Merkel juga menggesa seluruh rakyat Jerman untuk berfikir di luar kotak untuk berdepan cabaran yang timbul akibat fenomena pemanasan global. - Agensi

Iklan