SHAH ALAM -"Tahukah anda scaling (buang karang gigi) di klinik kerajaan RM2 sahaja?" demikian kata-kata seorang pelayar @ian_salleh bagi menjawab persoalan netizen berhubung harga 'scaling' bagi klinik kerajaan.
Sebelum ini, seorang pelayar dikenali @phoenixterbang menyatakan harga 'scaling' di klinik swasta berharga RM100 dan tidak pasti harga 'scaling' dikenakan bagi klinik kerajaan.
Perkongsian berinformasi itu membuatkan netizen berkongsi penjagaan kesihatan gigi mereka malah ada juga memberitahu perkhidmatan seperti 'scaling' yang disediakan oleh klinik kerajaan cukup memuaskan dan sebaliknya.
@abiqjazimins berkata, dia pernah pergi ke klinik kesihatan dua minggu lalu dan hanya membayar RM3 sahaja.
"Baru je pergi 'scaling' kat klinik kerajaan 2 minggu lepas. Jumlah habis RM3 dan klinik yang saya pergi masa tu seorang je ada, jadi tunggu dalam setengah jam je dah siap. Perkhidmatan terbaik," ciapnya.
Kata @ayukhaliddd,"Pernah pergi swasta, pernah pergi kerajaan. Dengan RM2 pun boleh dapat keputusan setanding swasta ye dik. Pernah dapat, kerajaan punya lagi elok. Kadang beratur panjang, kekadang pendek tapi tak lah teruk mana. Nak selamat, datanglah pagi. Sekian." ujarnya.
"Kalau buat kat klinik kesihatan kawasan kampung, daftar terus masuk bilik rawatan," tulis @Shevanilla yang turut berkongsi pengalamannya.
Tambah @syeriena pula,"RM2 tak apa, cuma kena tunggu lama sikit, berbanding klinik swasta."
"Betul dan tak faham kenapa orang masih nak pergi swasta. Bagus kot termasuk kerajaan pun. Lain la nak buat 'whitening', saya rasa baru berbaloi pergi swasta. Sistem pun sekarang terurus pantas dan efisyen!" kata @asmahusseimiii.
Lain pula ceritanya dari @rentak, katanya,"Tengok klinik juga, ada tempat buat ala kadar, ada yang tempat tu ok. Tengok pada individu yang buatkan."
Sementara itu, perkongsian @ian_salleh yang tular di laman sosial mendapat 9,300 ciapan dan 8,500 tanda suka dari netizen.