Jangan nampak layanan berbeza
Iklan
AWANG dapati banyaklah komen orang ramai dan petugas media tentang cara orang yang dituduh membunuh pelajar Tingkatan Lima diperlakukan sewaktu dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh dua hari lalu.
Dalam video laporan media itu ternampak sekurang-kurangnya lima anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri memakai topeng muka dan berpakaian lengkap mengiringi tertuduh masuk ke kamar mahkamah.