Kes langgar guru: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom pemandu mabuk

Iklan
Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam nahas di Jalan Permatang Baru. - Foto JBPM

KEPALA BATAS - Polis sedang menunggu laporan kimia termasuk Puspakom bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan dua guru akibat dilanggar pemandu mabuk di Jalan Permatang Baru, Kepala Batas, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya sebaik sahaja kedua-dua laporan itu diterima.

Iklan
Iklan

Mohd Asri berkata, suspek telah dibebaskan dengan jaminan sebaik sahaja tempoh reman selama tiga hari berakhir pada Isnin.

"Pihak Polis sedang menunggu laporan kimia Puspakom dan selepas kita perolehi laporan berkenaan kita akan rujuk kepada DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk tindakan selanjutnya,” katanya secara ringkas dalam pesanan WhatsApp, semalam.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:Dua rakan maut tersepit dalam kereta

ARTIKEL BERKAITAN:Dua rakan maut: Pemandu BMW di bawah pengaruh alkohol

Iklan

Pada Sabtu, dua orang guru, Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, dan Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka bertembung dengan pemandu kereta jenis BMW yang hilang kawalan di Jalan Permatang Baru, pada jam 2.30 pagi.

Kedua-dua guru yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu BMW berusia 46 tahun tidak cedera.

Sementara itu, hasil ujian pernafasan mendapati pemandu BMW terbabit memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

Setakat ini kes disiasat dibawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun atau maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada RM50,000.00 dan tidak melebihi RM100,000.00 jika sabit kesalahan. - Awani