PENYANDANG juara, Manchester City bangkit daripada kekecewaan diikat Crystal Palace aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu apabila mara ke perlawanan akhir Piala Kelab Dunia pada Rabu.
Juara Eropah itu mara ke perlawanan akhir selepas mudah mengetepikan cabaran juara Liga Juara-Juara Asia, Urawa Red Diamonds di Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah, 3-0.
Kemenangan angkatan kendalian Pep Guardiola itu membolehkan gergasi Inggeris tersebut berdepan juara Copa Libertadores Amerika Selatan, Fluminense dari Brazil.
Bagaimanapun, persembahan teratur kelab Liga Jepun itu menyaksikan Manchester City hanya mampu merobek gawang lawan hasil jaringan sendiri Marius Hoibraten pada minit ke-46 masa kecederaan.
Mateo Kovacic kemudian menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-52 dengan gol pertamanya sejak menyertai City dari Chelsea.
Rembatan Bernardo Silva pada minit ke-59 kemudian melebarkan kedudukan Manchester City untuk keputusan 3-0.
"Pemain tahu betapa pentingnya keputusan perlawanan ini untuk kelab...
"Untuk berada di final ini, anda perlu melakukan perkara sesuatu yang luar biasa seperti memenangi Liga Juara-Juara. Perlawanan ini mungkin satu-satunya aksi yang kami bermain ini dalam hidup.
"Kami akan cuba memenangi gelaran yang kami tanpa perlu melengkapkan bulatan," kata Guardiola, yang memenangi gelaran dua kali bersama Barcelona dan sekali bersama Bayern Munich.
Sebagai rekod, skuad Guardiola, yang hanya memenangi tiga daripada lapan perlawanan sebelum ini dalam semua pertandingan, dalam pemburuan untuk menjadi kelab Inggeris keempat memenangi kejuaraan selepas Manchester United, Liverpool dan Chelsea.