Wanita, kanak-kanak maut tersepit dalam kemalangan

Iklan
Keadaan lori yang terlibat dalam kemalangan tersebut. (Kanan: Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit.) - Foto BBP Mersing

MERSING - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita dan anak lelakinya berusia empat tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berhampiran Ladang Paya Munis, Jalan Mersing ke Felda Nitar 1, di sini pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kemalangan berkenaan sekitar jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

"Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang wanita warga tempatan berumur 32 tahun dari arah Felda Nitar hendak menuju ke Bandar Mersing hilang kawalan dan terbabas serta berpusing sebelum dilanggar sebuah lori dari arah sama.

"Pemandu kereta bersama anak lelakinya yang berusia empat tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Iklan

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat manakala pemandu lori yang tidak mengalami kecederaan akan dipanggil bagi memberikan keterangan," katanya.

Kes disiasat di bawah Sek.41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II, Anuar Hussine satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan sembilan anggota (TOA) dari BBP Mersing bersama enam anggota pasukan keluaran operasi (PKO) dari BBP Endau dihantar ke lokasi sebaik menerima maklumat mengenai kemalangan berkenaan.

"Setibanya PKO di lokasi, didapati kemalangan berkenaan melibatkan sebuah sebuah kereta jenis Perodua Viva dengan sebuah lori 10 tan jenis Nissan UD.

"Terdapat dua mangsa tersepit dalam kereta tersebut dan PKO bertindak mengeluarkan mereka dengan menggunakan peralatan khas.

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.