Jangan dibuat main isteri zaman digital

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KISAH tular di media sosial mengenai seorang wanita bertindak mengumumkan kecurangan suaminya menggunakan papan iklan gergasi di Taman Tun Dr Ismail pada Isnin menarik perhatian ramai.

Kalau benarlah sebagaimana dilaporkan, isteri bernama Shin Yi itu mungkin menjadi pelopor yang mengumumkan kisah kecurangan suaminya dengan cara sedemikian.

Iklan
Iklan

Memetik laporan NST, tindakan sang isteri itu bertujuan mahu menyampaikan pesanan kepada suami, Kevin Teoh Chee Sing dan menuntut perceraian.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menganggap ia sekadar strategi pemasaran bagi golongan T20 yang dibuat penyedia premis berkenaan iaitu Jerry Coworking Space.

Iklan

Meskipun tidak diketahui apa motif sebenar atau kebenaran di sebaliknya, tindakan tersebut ternyata mencetuskan 'riuh' di media sosial ketika ini.

Mungkin benarlah bagai dikata, dalam zaman serba canggih atau era digital ini, apa pun boleh berlaku, walaupun tidak terfikir dek akal.

Iklan

Sesetengahnya mungkin menganggap tindakan itu melucukan, namun di sebaliknya mungkin terselit makna tersendiri.

Buat para suami, jangan dibuat main dengan isteri zaman digital ini kalau tidak mahu nama terpampang pada papan iklan gergasi.

Ambil pengajaran daripada kisah tular itu kalau tidak mahu malu satu Malaysia. Jadilah suami idaman yang hanya setia pada isteri seorang!