Peneroka Felda terima Bantuan Musim Tengkujuh RM800

Iklan
Felda terima peruntukan BMT daripada kerajaan melalui RISDA sebanyak RM9.4 juta.

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menerima peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) daripada kerajaan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA) sebanyak RM9.4 juta.

Felda dalam satu kenyataan berkata, bantuan berkenaan akan memberi manfaat kepada 11,784 peneroka tanaman getah Felda yang layak di seluruh negara.

Iklan
Iklan

"Setiap peneroka tanaman getah akan menerima bantuan berjumlah RM800 dan ia diberikan dalam tiga fasa bermula pada Disember 2023 sehingga Februari 2024.

"Bayaran fasa pertama melibatkan nilai RM400, manakala fasa kedua dan ketiga masing-masing melibatkan nilai RM200.

Iklan

"Kesemua bayaran ini akan dibuat secara terus ke akaun bank peneroka terlibat,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Dalam pada itu, Felda turut menyenaraikan tiga kategori peneroka layak untuk menerima bantuan itu antaranya, mereka dengan lot utama getah yang menghantar hasil ke pusat pengumpulan getah Felda.

Iklan

Seterusnya, peneroka yang tiada hasil kerana isu buruh atau disebabkan serangan penyakit pokok getah dan dalam tempoh tanam semula bersama Felda.

"Diharapkan bantuan daripada kerajaan ini dapat meringankan beban peneroka tanaman getah terutamanya dalam menghadapi musim tengkujuh.

"Terima kasih atas keprihatinan kerajaan menyediakan peruntukan BMT untuk peneroka yang sebelum ini ditanggung sepenuhnya menggunakan dana dalaman Felda,” kata kenyataan itu.