Budak perempuan 'kantoi' curi barang di pasar

Iklan
Kejadian itu dimuat naik di laman YouTube dan tular di Facebook.

SUNGAI BESAR - Perbuatan seorang kanak-kanak perempuan mencuri barangan di sebuah pasar awam di daerah ini membawa padah apabila dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pasar berkenaan.

Dalam rakaman berdurasi dua minit 18 saat itu yang turut dimuat naik dalam laman YouTube sejak semalam menunjukkan kanak-kanak itu menyelinap masuk di bawah meja yang ditutup peniaga dengan kanvas untuk mengambil barangan curi.

Iklan
Iklan

Kelihatan kanak-kanak itu berada di bawah kanvas beberapa saat dan kemudian keluar dengan membawa hasil curi.

Seorang YouTuber di ruangan keterangan YouTube memaklumkan kejadian curi di pasar itu amat dikesali kerana melibatkan kanak-kanak.

Iklan

"Kecil lagi sudah pandai mencuri. Barangan di pasar selalu hilang. Susah pasang CCTV baru tahu muka pencuri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias memaklumkan pengadu telah menarik semula laporan polis.

Iklan

"Pengadu tidak sampai hati kerana suspek berusia 11 tahun selain ibu bapa suspek menunjukkan kad orang kurang upaya (OKU).

"Kerugian juga kecil membabitkan nilai RM3," katanya.