Pasar raya nafi jual ayam tidak sembelih

Iklan
Hantaran dimuat naik di laman sosial mendakwa ayam dibeli dari sebuah pasar raya di Kuala Terengganu tidak disembelih.

KUALA TERENGGANU - Sebuah pasar raya di sini menafikan ayam yang dijual tidak melalui proses penyembelihan sebagaimana ditularkan di media sosial pada Selasa.

Pasar raya itu dalam kenyataan berkata, bekalan ayam tersebut diperoleh daripada pembekal Melayu yang disahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Iklan
Iklan

"Kami ingin menegaskan bahawa ayam segar yang kami pasarkan daripada pembekal yang disahkan.

"Kami yakin dengan proses penyembelihan itu dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang unsur yang berbaur fitnah," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, pihak pasar raya tersebut tidak akan bertolak ansur dengan sebarang unsur berbaur fitnah.

Selasa lalu, seorang pengguna memuat naik gambar di media sosial Facebook mendakwa ayam yang dibeli ibunya dari pasar raya di sini tidak disembelih.

Iklan

Bagaimanapun, carian pada Rabu mendapati hantaran dimuat naik wanita berkenaan telah dipadamkan.