Kerajaan teliti penubuhan Mahkamah Komersial Antarabangsa - Azalina

Iklan
Azalina bersama Tengku Maimun pada perbincangan tersebut.

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang meneliti cadangan penubuhan Mahkamah Komersial Antarabangsa di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, inisiatif itu bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan utama di rantau ini bagi penyelesaian pertikaian berkenaan dengan undang-undang komersial.

Iklan
Iklan

"Ia juga mempertingkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur di dalam negara kita, selaras dengan agenda Kerajaan Perpaduan bagi menarik pelaburan asing ke Malaysia melalui model yang bersesuaian," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Terdahulu, Azalina memaklumkan beliau mengadakan perjumpaan bersama Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan pegawai mahkamah bagi membincangkan perkara tersebut.

Iklan
Iklan

Turut hadir, Timbalan Menteri M Kulasegaran.