Tergamak tipu gaji B40 untuk anak masuk MRSM

Iklan
Hantaran Asyraf Wajdi di laman Facebook pada Rabu

SHAH ALAM - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyelar tindakan segelintir ibu bapa yang sanggup menipu jumlah pendapatan untuk dikategorikan golongan berpendapatan rendah (B40) supaya anak diterima melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan tersebut boleh memberi kesan kepada pelajar miskin lain kerana hak mereka untuk belajar di sekolah berkenaan telah diambil.

Iklan
Iklan

"Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan (dalam) B40 supaya anak diterima MRSM.

"Kasihan kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada keberkatan akibat mengambil hak orang miskin lain,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Iklan

Sementara itu dalam hantaran berasingan, Asyraf Wajdi memaklumkan, kos seorang pelajar untuk melanjutkan pengajian di MRSM adalah RM18,000 setahun.

Beliau menjelaskan, matlamat penubuhan MRSM adalah untuk membantu pelajar luar bandar dan miskin mendapat pendidikan terbaik dengan Mara menanggung yuran pengajian sepenuhnya.

Iklan

"Polisi Mara ketika ini ialah 60 peratus pelajar MRSM adalah terdiri daripada keluarga B40, miskin dan dari luar bandar.

"Apakah sudah tiba masanya untuk pelajar keluarga T20 yang mahu mendapatkan manfaat belajar dalam ekosistem MRSM membayar penuh kos ditanggung Mara," soalnya.