PUTRAJAYA - Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang seperti dijadualkan pada Selasa minggu depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia selaras dengan arahan sekatan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkuat kuasa serta-merta.