Sebuah kereta dilucuthak kepada MPKL

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LANGAT - Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Rabu, membenarkan permohonan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) untuk mendapatkan perintah pelucuthakkan sebuah kereta kepada pihak berkuasa tempatan itu berkuatkuasa 20 Disember lalu.

Majistret Khairul Farhi Yusob memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan MPKL, di bawah Seksyen 116 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974.

Iklan
Iklan

Ia merupakan Perintah Pelucuthakkan Kenderaan Terlantar yang pertama oleh MPKL melalui tindakan pendakwaan jenayah.

Susulan itu, seorang individu berusia 50-an selaku orang kena saman (OKS) yang juga pemilik kenderaan itu telah dihadapkan ke mahkamah kerana meletak atau menyebab diletakkan kenderaan terlantar itu di jalan sehingga menyebabkan halangan awam.

Iklan

Kesalahan didakwa dilakukan di Bandar Tropicana Aman, Telok Panglima Garang, Kuala Langat di sini dan pertuduhan dibuat mengikut kesalahan Seksyen 46(1)(e) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974.

Satu tawaran kompaun dikeluarkan kepada OKS pada 17 Mac tahun lalu namun tidak diendahkan oleh OKS.

Iklan

Susulan itu, pada 7 April tahun sama, MPKL mengambil tindakan sitaan ke atas kenderaan terbabit dan notis untuk menuntut kenderaan tersebut telah dihantar seminggu kemudian.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang tuntutan dibuat kepada MPKL.

Pendakwaan dalam kes ini, dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kanan MPKL, Hasrizal Abd Rahim, dan Pegawai Pendakwa MPKL, Ahmad Razali Abdul Manaf.

Sementara itu, menerusi satu kenyataan media, MPKL mengingatkan orang awam supaya tidak meletakkan kenderaan terbiar atau terlantar di tempat awam.

Perbuatan itu katanya, boleh menyebabkan halangan dan kacau ganggu kepada orang ramai.

"MPKL tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, sekiranya perkara ini masih berlaku," katanya.