Covid-19: KKM galak golongan berisiko tinggi divaksin

Iklan
KKM memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengambil dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’.

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan pengambilan vaksin Covid-19 terutamanya kepada golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau individu yang mempunyai komorbiditi.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun menegaskan, pengambilan vaksin tersebut pada masa ini adalah secara sukarela.

Iklan
Iklan

Menurutnya, orang ramai boleh mendapatkan suntikan itu di mana-mana 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di klinik kesihatan di seluruh negara.

Tangkap layar kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia pada Rabu.

"Senarai PPV boleh didapati melalui aplikasi digital, MySejahtera.

Iklan

"Sekiranya terdapat pertambahan atau perubahan terhadap bilangan PPV, KKM akan mengemas kini maklumat tersebut dari masa ke masa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, KKM memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengambil dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’.

Iklan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, prosedur pengambilan vaksin itu juga boleh dilakukan secara janji temu menerusi MySejahtera.

Dalam pada itu, tambah Dzulkefly, orang ramai disaran mengamalkan 3W iaitu iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun; memakai pelitup muka serta mematuhi amaran KKM yang berkonsep peringatan.

"Elakkan juga 3S, iaitu kawasan sesak dan sempit serta berbual pada jarak dekat." katanya.