Lubang besar di MRR2 dibaik pulih

Iklan
Lubang berdiameter kira-kira satu meter di MRR2 Hulu Kelang hala Ampang, pada Selasa. Gambar kanan: Lubang berdiameter kira-kira satu meter di MRR2 Hulu Kelang hala Ampang berjaya dibaik pulih pada Rabu.

AMPANG - Lubang besar berukuran kira-kira satu meter di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang menghala ke Ampang, di sini telah dibaik pulih pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dimaklumkan kejadian itu pada jam 8 malam Selasa.

Iklan
Iklan

"Beberapa anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Ampang Jaya telah pergi ke lokasi untuk membuat seliaan dan mengawal aliran trafik di sepanjang lorong tersebut.

"Kon-kon keselamatan juga telah diletakkan bagi menghalang sebarang perkara yang tidak diingini berlaku," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Polis dan petugas JKR membuat kawalan berikutan laluan di MRR2 Hulu Kelang yang berlubang pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, pada jam 7 pagi keesokannya (Rabu), tindakan pembaikan jalan mula dijalankan oleh kontraktor daripada Jabatan Kerja Raya Selangor, laluan lorong tengah ditutup sementara untuk pembaik pulih keadaan jalan yang berlubang.

Katanya, kerja baik pulih lubang jalan selesai kira-kira jam 3 petang dan aliran trafik bergerak lancar.

Iklan

"Setakat ini, tiada laporan diterima oleh pihak BSPT Ampang Jaya mengenai kemalangan melibatkan lubang terbabit," ujarnya.