Warga emas maut tercampak dalam longkang

Iklan
Mangsa tercampak ke dalam longkang selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan terbabas di Kilometer (KM) 10, Lebuh Raya Pasir Gudang-Perling menghala ke Pasir Gudang pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal ditunggang terbabas di Kilometer (KM) 10, Lebuh Raya Pasir Gudang-Perling menghala ke Pasir Gudang pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kejadian berlaku ketika lelaki berusia 65 tahun itu dari arah Perling menghala ke Permas Jaya.

Iklan
Iklan

"Apabila tiba di laluan berkenaan, warga emas yang berada di lorong kiri telah hilang kawalan dan terbabas sebelum tercampak ke dalam longkang.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis memohon orang ramai yang melihat kejadian berkenaan untuk tampil memberikan maklumat di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan atau berhubung dengan Inspektor Kelly Lee Ya Yek di talian 014-6977122.

Iklan