Covid-19: Sarawak peruntuk RM2 juta untuk Paxlovid - Abang Johari

Iklan
Abang Johari (kanan) ketika melancarkan buku biografi Datuk Polycarp Sim Cheng Mong hari ini. Turut hadir pengarang buku tersebut, Richard Song Swee Jin (kiri). - Foto Bernama

KUCHING - Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2 juta bagi pembelian pil antiviral Paxlovid susulan peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini, kata Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, Timbalan Premier, Datuk Amar Doughlas Unggah Embas telah ditugaskan untuk mengetuai proses perolehan pil itu.

Iklan
Iklan

Abang Johari berkata, sebaik sahaja bekalannya diterima, ia akan diedarkan ke klinik kesihatan seluruh negeri itu secara percuma.

"Kita (Sarawak) mahu memiliki stok (Paxlovid) sekiranya berlaku lonjakan kes Covid-19 di negeri ini...kerana jika anda mempunyai gejala ringan dan diberi pil (Paxlovid) anda akan lebih baik selepas tiga hingga empat hari,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku"The Life of Datuk Polycarp Sim Cheng Mong” pada Rabu.

Pada 18 Disember, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kes Covid-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 iaitu dari 10 hingga 16 Dis adalah sebanyak 20,696 kes iaitu peningkatan 62.2 peratus berbanding 12,757 kes pada ME49.

Iklan

Dr Dzulkefly berkata, majoriti kes atau kira-kira 97 peratus merupakan kategori satu (tiada gejala) dan dua (gejala ringan) dengan sebanyak 28 kes kematian dilaporkan.

Beliau berkata, KKM dan agensi bukan KKM seperti hospital pengajar, hospital tentera dan fasiliti swasta juga bersedia untuk menghadapi sebarang peningkatan jumlah kedatangan dan kemasukan pesakit ke wad. - Bernama