NEW YORK - Pelakon Alec Baldwin yang muncul semasa demonstrasi pro-Palestin di New York, pada Isnin dirakamkan terbabit dalam 'perang mulut' dengan penunjuk perasaan sehingga beliau terpaksa dikawal polis, lapor portal NBCNews.com
Bagaimanapun tidak dipastikan mengapa pelakon itu berada di perhimpunan dianjurkan oleh Within Our Lifetime dan puncanya sehingga menyebabkan pertengkaran berlaku.
Within Our Lifetime mengadakan bantahan awam terhadap serangan Israel di Gaza, di hab transit utama sepanjang hari termasuk Stesen Penn dan Stesen Grand Central.
Video yang dirakamkan di lokasi kejadian menunjukkan pelakon berusia 65 tahun bercakap dengan dua atau tiga penunjuk perasaan dengan muka serius.
Pada satu ketika, Baldwin berkata kepada seorang penunjuk perasaan 'Ia urusan saya' dan mengulangi sebanyak dua kali.
Kedengaran pertanyaan dari seorang penunjuk perasaan kepada Baldwin 'Anda bekerja untuk Hollywood, adakah anda mengutuk Israel?
"Anda sudah membuat keputusan...setiap soalan anda sudah dapatkan?. Anda bertanya soalan tidak rasional dan tanya saya soalan bijak," katanya sambil menolak salah seorang penunjuk perasaan.
Kemudian, beberapa anggota polis mengepung Baldwin dan mengiringi jauh dari tempat orang ramai.
Namun, setakat ini tiada pihak yang tampil menjelaskan kejadian itu. - Agensi