'Serah diri atau mati' - Netanyahu beri amaran kepada Hamas

Iklan
Benjamin Netanyahu

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Rabu memperbaharui semula ikrarnya untuk menghapuskan Hamas.

Dalam nada amaran, Netanyahu turut memberi kata dua kepada kumpulan pejuang itu, sama ada serah diri atau mati.

Iklan
Iklan

Semasa membuat pengumuman di televisyen, Netanyahu mengulangi pendiriannya bahawa perang akan berakhir hanya apabila Hamas dihapuskan. Kesombongan Netanyahu itu akhirnya menutup spekulasi bahawa satu lagi gencatan senjata akan berjaya dipersetujui.

"Kami meneruskan peperangan hingga tamat. Ia akan berterusan sehingga Hamas dihapuskan – sehingga menang. Sesiapa yang berfikir bahawa kita akan berhenti adalah khayalan.

Iklan

"Kami tidak akan berhenti berjuang sehingga semua matlamat yang telah kami tetapkan tercapai; penghapusan Hamas, pembebasan tebusan kami dan penyingkiran ancaman dari Gaza.

"Kami menyerang Hamas dengan api yang ganas, di mana-mana, termasuk hari ini, kami juga menyerang rakan sekutu mereka dekat dan jauh. Semua pengganas Hamas, dari yang pertama hingga yang terakhir, tak ada pilihan. Mereka hanya mempunyai dua pilihan; menyerah atau mati," katanya.

Iklan

Israel ketika ini berdepan tekanan yang semakin meningkat daripada sekutu antarabangsanya untuk mengekang serangan ketenteraan di Gaza.

Serangan bertubi-tubi itu yang telah memusnahkan sebahagian besar kawasan pinggir pantai yang padat penduduk sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan dan penculikan Hamas pada 7 Oktober. - Awani