Talent Tech UMP Advanced penuhi pekerja mahir diperlukan industri

Iklan
Peserta seminar yang mengikuti syarahan Nurul Fazlin dan Prof. Madya Dr Abdul Aziz Azoddein di kampus UMPSA, Gambang pada Rabu.

KUANTAN - Program Talent Tech adalah produk baru UMP Advanced yang ditawarkan kepada industri bagi meningkatkan kemahiran diri pekerja dalam mendepani revolusi industri 4.0.

Pengurus Besar Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran UMP Advanced, Nurul Fazlin Abdul Rahman berkata, kursus jangka pendek itu dapat memenuhi keperluan industri dari sudut upskilling dan reskilling khususnya yang melibatkan dana daripada HRD Corporation (HRDC).

Iklan
Iklan

Menurutnya,satu keperluan memiliki sijil kompetensi dalam bidang yang memerlukan kepakaran spesifik dan menuntut penjelajahan ilmu kemahiran tinggi tanpa henti.

"Program Talent Tech adalah jenama yang kita tawarkan melalui Program pensijilan dan kursus jangka masa pendek selari dengan hasrat melahirkan pekerja mahir bertaraf kompeten.

NURUL FAZLIN

Iklan

"Justeru, program itu dapat memberi peluang kepada individu yang mencari pengalaman pembelajaran berfokus dan bersasar. Kebiasaanya kami berkolaborasi dengan industri dan menawarkan kursus yang permintaan tinggi, selain mendapat pengiktirafan daripada badan badan akreditasi yang lain," katanya ketika ditemui di UMP Advanced Gambang, di sini pada Rabu.

Beliau turut menyampaikan ceramah pada ‘Seminar Pendidikan: Pembelajaran Sepanjang Hayat Pemangkin kemahiran Dan Mobiliti Sosial’ dengan penglibatan daripada 50 kakitangan daripada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Iklan

Selain itu, antara input turut disampaikan oleh Pensyarah Kanan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri UMPSA, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Azoddein, adalah mempromosikan budaya kerja dan kesihatan yang baik dan positif di tempat kerja.

Sebahagian daripada 50 peserta seminar bagi meningkatkan kemahiran dalam industri.

Menyentuh mengenai pembelajaran sepanjang hayat pemangkin kemahiran dan mobiliti sosial yang dilaksanakan UMP Advanced, Nurul Fazlin berkata, usaha itu dilakukan bagi membolehkan warga industri untuk melanjutkan pelajaran meskipun tidak memiliki sijil yang cemerlang.

"Jadi, kita buka peluang ini untuk mereka gunakan pengalaman sebagai satu kaedah bagi melanjutkan pengajian. Malah, pembelajaran sepanjang hayat, terdapat beberapa platform yang lebih fleksibel yang menepati keperluan industri," ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat UMPSA, Nor Azurah Mohd Salleh menjelaskan kursus yang ditawarkan melalui Program Talent Tech telah mendapat reaksi yang positif daripada peserta.

Jelasnya, ada di antara peserta yang sudah mengikuti kursus ini mendapat kenaikan gaji disebabkan disebabkan mereka mampu menunjukkan mutu kerja yang berkualiti.