United mahu tamatkan kontrak Sancho

Iklan
Sancho

MANCHESTER United dilaporkan telah mengadakan perbincangan untuk menamatkan kontrak Jadon Sancho selepas pertelingkahannya dengan pengendali pasukan, Erik ten Hag belum berakhir.

Bekas pemain sayap Borussia Dortmund itu menyertai United pada musim panas 2021 tetapi gagal memenuhi jangkaan dan kini dibuang daripada skuad pasukan utama selepas pertelingkahan dengan ten Hag.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, United dilaporkan akan mengemukakan tawaran menjual Sancho kepada mana-mana kelab pada jendela perpindahan Januari.

Bagaimanapun, kelab itu didakwa sedang mempertimbangkan untuk mengambil pendekatan yang jauh lebih drastik untuk menamatkan kontrak pemain berusia 24 tahun itu.

Iklan

Menurut Sky Sports, United merancang untuk menjadi 'lebih kejam' dalam pendekatan mereka terhadap kontrak Sancho sebaik sahaja Sir Jim Ratcliffe berkuasa di Old Trafford.

Ratcliffe yang bakal membeli kepentingan minoriti dalam kelab itu akan mengutamakan budaya yang betul dan strategi pengambilan berbanding kepentingan perniagaan pada masa hadapan.

Iklan

Difahamkan Ratcliffe mengambil pendekatan kejayaan yang dikecapi Arsenal selepas mengamalkan amalan serupa di bawah Mikel Arteta.

Pengendali Sepanyol itu telah mengubah kelab itu kembali menjadi pesaing kejuaraan selepas berpisah dengan pemain seperti Mesut Ozil, Pierre-Emerick Aubameyang dan Nicolas Pepe.

Pasukan Bundesliga RB Leipzig adalah pasukan terbaru yang dilaporkan berminat terhadap bintang England itu.

Sebelum ini, ten Hag sedia mengalu-alukan Sancho kembali ke dalam pasukan jika penyerang itu meminta maaf secara peribadi.

Namun, perkara itu tidak berlaku dan keadaan mungkin tidak dapat diselamatkan.