SUBANG JAYA - Indah Water Konsortium (IWK) mengambil langkah mitigasi segera di Loji Rawatan Kumbahan (STP) PTG105 yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong pada Sabtu.
IWK dalam satu kenyataan berkata, limpahan banjir beserta lumpur telah memasuki STP dan menjejaskan saluran paip pembetung.
Iklan
Iklan
Menurutnya, IWK bertindak melakukan kerja-kerja pembersihan dengan mengeluarkan sisa banjir tersebut bermula Ahad lalu.
"Apabila siap, kumbahan mentah akan dialihkan ke ruang masuk, diikuti dengan proses rawatan," katanya.
Dalam kejadian itu, tujuh rumah diarahkan untuk dikosongkan menyebabkan kerosakan besar kepada aset IWK berhampiran.
Susulan kejadian tersebut, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah melaksanakan kerja-kerja pemasangan cerucuk besi bagi mengawal pergerakan tanah.
Dalam pada itu, IWK berkata, pihaknya akan memastikan kumbahan dirawat dengan berkesan dan cekap untuk melindungi kesihatan awam serta menyediakan persekitaran yang lebih bersih dan selamat kepada pengguna.