Pemandu, kelindan maut dirempuh lori ketika berhenti rehat

Iklan
Jenazah pemandu dan kelindan yang maut dalam kemalangan tersebut. - foto Polis Tangkak

TANGKAK - Dua lelaki maut manakala tiga lagi terselamat dalam nahas melibatkan empat kenderaan di kilometer (KM) 164.9, susur masuk kawasan rehat dan rawat (RNR) Tangkak, Lebuh Raya Plus Arah Selatan, pada awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan pada 5.25 pagi Khamis.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori dari Kuala Lumpur menuju ke Johor telah terbabas dan melanggar sebuah lagi lori yang berhenti di lorong kecemasan.

"Akibatnya, lori yang dilanggar telah terlajak kehadapan dan melanggar lori di hadapannya sebelum lori dihadapannya itu melanggar pula sebuah lori lain di hadapannya di mana dipercayai kesemua lori tersebut sedang berhenti rehat di lorong kecemasan ketika itu.

Iklan

"Akibat pelanggaran itu, pemandu lori serta kelindan yang datang dari arah Kuala Lumpur meninggal dunia di lokasi kerana kecederaan parah di mana pemandu putus kaki kiri, cedera di bahagian kepala sementara kelindan lori tersebut cedera di bahagian dada dan kepala," katanya.

Keadaan lori yang merempuh lori lain yang berhenti di lorong keselamatan. Foto - Polis Tangkak

Pemandu lori yang dilanggar mengalami kecederaan di badan manakala yang lain terselamat.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Komander Operasi Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II Zamri Ayob, berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada 4.26 pagi Khamis.

Katanya, sebaik menerima maklumat mengenai kemalangan berkenaan, dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) serta sembilan anggota lapangan (TOA) dari BBP Tangkak dan sembilan anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari BBP Bukit Gambir telah dihantar ke lokasi.

"Setibanya PKO ke lokasi, didapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori 5 Tan jenis Isuzu, sebuah lori jenis Hino dan juga sebuah lori 5 Tan jenis Hino.

"Mangsa dalam lori Isuzu didapati tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi manakala tiga lagi mangsa dalam lori jenis Hino dan juga sebuah lori 5 Tan jenis Hino, terselamat.

"PKO kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat," katanya.

Mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan sekitar jam, 6.05 pagi, Khamis.