Ibu hampir pitam lihat anak tunggal mati lemas dalam air banjir

Iklan
Pihak JBPM mengambil masa selama satu jam 39 minit untuk mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit. Nabihah bersama Firdaus.

RANTAU PANJANG - Seorang ibu hampir pitam melihat mayat anak lelakinya berusia 15 bulan yang ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam takungan air banjir di Taman Rantau Baru di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu mangsa, Firdaus Mohd Faisal dikatakan sedang bermain-main di kawasan berhampiran sebuah premis perniagaan.

Iklan
Iklan

Ibunya, Nabihah Che Muda, 21, berkata, semasa kejadian dia sedang mengemas premis milik saudara maranya manakala anak lelaki tunggalnya itu sedang bermain berhampiran.

"Saya sentiasa pantau dia tetapi tiba-tiba Firdaus hilang dari pandangan.

Iklan
Syamsul Faizal menunjukkan lokasi di mana Firdaus ditemui.

"Semasa mencarinya, saya ternampak tangan anak terkapai-kapai di dalam air takungan banjir di tepi premis," katanya yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Rantau Panjang, Pegawai Bomba Kanan I, Syamsul Faizal Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 12.21 tengah hari.

Iklan

Menurut beliau, pihaknya mengambil masa selama satu jam 39 minit untuk mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit.

Seorang ibu hampir pitam melihat mayat anak lelakinya berusia 15 bulan yang ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam takungan air banjir di Taman Rantau Baru di Rantau Panjang pada Khamis.

Ujarnya, mayat kanak-kanak tersebut ditemui di lokasi di mana dia dikatakan terjatuh.

"Pihak kami mendapati kedalaman air di kawasan ini ialah sekitar 10 meter.

"Jenazah mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat," katanya.