PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan sebanyak RM1.42 juta pada tahun hadapan kepada 142 hospital bagi membolehkan panel Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) melaksanakan aktiviti yang dapat meningkatkan aspek penyampaian perkhidmatan dan kebajikan pesakit.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak RM5.1 juta turut disediakan kepada 1,020 klinik kesihatan di bawah KKM bagi tujuan berkaitan.