Penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol dibatalkan akibat ribut Pia

Iklan
Kira-kira 200 penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam dibatalkan pada Khamis berikutan angin kencang yang dicetuskan oleh ribut Pia.

AMSTERDAM - Kira-kira 200 penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam dibatalkan pada Khamis berikutan angin kencang yang dicetuskan oleh ribut Pia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lapangan terbang itu pada Rabu berkata, penumpang dijangkakan menghadapi kelewatan kerana hanya satu landasan beroperasi mulai tengah hari.

Iklan
Iklan

Tiupan angin dijangkakan mencecah sehingga 90 kilometer sejam.

Pengendalian bagasi juga dijangkakan terjejas.

Iklan

Ribut yang bergerak dari hujung Greenland ke arah Scotland itu dijangka membadai Belanda dan selatan Scandinavia sebelum menyeberangi Laut Baltik pada Jumaat.

Perkhidmatan cuaca Royal Netherlands Meteorological Institute (KNMI) mengeluarkan amaran cuaca buruk untuk seluruh Belanda dengan kelajuan angin sehingga 110 kilometer sejam di pantai utara.

Iklan

Belanda juga sedang bersiap sedia untuk menghadapi banjir di sungai utama seperti Rhine dan Waal, disebabkan hujan lebat di kawasan tadahan dan pencairan salji di Alps. - Bernama