35 polis Kelantan kena tindakan tatatertib

Iklan
Muhamad Zaki - Foto Bernama

KOTA BHARU - Seramai 35 pegawai dan anggota polis di Kelantan dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, jumlah itu menurun berbanding 70 anggota dan pegawai dikenakan tindakan tersebut pada tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kesalahan paling tinggi membabitkan sembilan kes salah laku termasuk tidak hadir tugas.

"Kes disusuli pelbagai kesalahan jenayah sebanyak lapan kes dan penyalahgunaan dadah berjumlah tiga kes.

Iklan

"Melihat kepada statistik ini, kes-kes tatatertib melibatkan polis menurun dan masih terkawal,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, Khamis.

Ujar Muhamad Zaki, pihaknya melakukan pemantauan dan pengesanan awal jika kesalahan melibatkan dadah atau narkotik.

Iklan

"Kami akan mengesan lebih awal seperti perubahan tingkah laku selain melakukan ujian saringan urin.

"Bagi kes-kes dadah, mana-mana anggota atau pegawai terlibat akan segera digantung tugas sementara siasatan diteruskan,” katanya.

Tambah beliau, setakat ini tiada polis yang dikenakan tindakn dibuang kerja manakala ada juga kes masih dalam siasatan.