Bot bawa 28 tetamu majlis perkahwinan hilang di timur Indonesia

Iklan
Pasukan SAR mengangkat mayat mangsa selepas bot yang membawa 28 tetamu majlis perkahwinan itu karam di perairan Pulau Ambo di wilayah timur Indonesia. - Foto ANTARA

JAKARTA - Pasukan penyelamat Indonesia sedang mengesan sebuah bot yang dinaiki sekurang-kurangnya 28 orang yang dilaporkan hilang pada Rabu di luar pantai daerah Mamuju di wilayah Sulawesi Barat, kata seorang pegawai kepada media tempatan pada Khamis.

Ketua Mencari dan Menyelamat (SAR) Mamuju, Muhammad Rizal berkata, bot yang membawa 28 tetamu majlis perkahwinan itu terputus hubungan di perairan Pulau Ambo di wilayah timur Indonesia.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pejabat SAR menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang penduduk tempatan pada petang Rabu, lapor Xinhua.

Rizal berkata, bot berkenaan berlepas dari Pulau Ambo kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Pelabuhan Sumare di Mamuju pada jam 4 petang.

Iklan

Beliau berkata, bagaimanapun bot itu masih tidak sampai ke destinasinya mendorong pasukan penyelamat dengan bot SAR dikerah ke Pulau Ambo. - Bernama

Iklan