Manfaat ilmu remaja genius dari Terengganu

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan pelajar pintar dari Terengganu mendapat perhatian netizen.

MERAK Jalanan rasa bangga apabila membaca kisah Muhammad Amir Rafiq Mohd Rafee, seorang remaja pintar dari Terengganu yang sudah menjalankan kajian di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti di Jerman.

Pada usia 15 tahun, remaja dari Kemaman itu terpilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Sains Komputer Teoritikal di Universiti Leibniz di Hannover, Jerman.

Iklan
Iklan

Beliau juga terpilih mewakili Malaysia dan menjadi peserta termuda dalam ‘The 2019 International Philosophy Olympiad’ di Rom, Itali pada Mei lalu.

Anak sulung daripada dua beradik itu bercadang untuk mengambil peperiksaan peringkat A-Level dan akan memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti di Amerika Syarikat pada tahun hadapan.

Iklan

Dengan kepintaran yang dimiliki dan bidang kajian PhD yang difokuskan itu, Merak Jalanan berasa amat kerdil dari sudut ilmu pengetahuan dan bidang penyelidikan.

Merak Jalanan tak dapat gambarkan bagaimana remaja pada usia sebegitu sudah dapat berfikir bukan sahaja seperti orang dewasa, tetapi orang dewasa yang bijak.

Iklan

Jika dibandingkan, berada pada usia 30 tahun lebih tua daripada Muhammad Amir Rafiq, Merak Jalanan kadangkala hilang fokus untuk menghabiskan pengajian dalam bidang sarjana walaupun subjek pengajian yang diikuti jauh lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan beliau.

Amatlah rugi jika ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan modal insan dan juga kemajuan intelektual negara.

Oleh itu, pencapaian yang dimiliki beliau perlu digembleng sepenuhnya agar dapat memberi nilai tambah kepada remaja-remaja lain yang masih tercari-cari tujuan hidup.

Jangan sia-siakan kehebatan anak-anak Malaysia!