Ronaldo tersisih, Haaland terbaik dunia

Iklan
Ronaldo. Foto Agensi

TIRAI 2023 berbaki sembilan hari untuk dilabuh, namun nama bintang sensasi, Cristiano Ronaldo tiada dalam senarai 100 pemain bola sepak terbaik dunia.

Senarai itu dikeluarkan oleh majalah FourFourTwo yang mengumpul pemain paling berpengaruh sejak musim lepas.

Iklan
Iklan

Nama pemenang Ballon d'Or lima kali itu tersisih ketika pemain seperti Bruno Fernandes, Gabriel Martinelli, James Maddison, Virgil van Dijk dan Son Heung Min berada dalam senarai 100 terbaik.

Tercetus teka-teki bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu tidak lagi dilabel sebagai antara pemain terbaik dunia.

Iklan

Meskipun pemain berusia 38 tahun itu menyumbat 34 gol dan membuat 12 umpanan gol daripada 41 penampilan bersama Al-Nassr sejak menyertai kelab itu secara perpindahan percuma pada Januari.

Seterunya lamanya, Lionel Messi bagaimanapun berada dalam senarai apabila menghuni kedudukan keenam terbaik di dunia oleh FourFourTwo.

Iklan

Messi memenangi anugerah Ballon d'Or dengan rekod lapan kali pada Oktober lalu, selain memacu Argentina merangkul Piala Dunia Qatar akhir tahun lepas.

Haaland. Foto Agensi

Mengungguli senarai panjang itu ialah pemenang treble Erling Haaland dari Norway.

Haaland menyertai Manchester City pada musim panas tahun lalu dan tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dengan kancah sengit Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain berusia 23 tahun itu menyumbat 52 gol dalam 53 perlawanan bagi semua pertandingan ketika musim sulungnya di Etihad sekali gus membantu The Citizens merangkul kejuaraan EPL, Piala FA Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Turut tersenarai beberapa bintang Manchester City John Stones, Kevin De Bruyne, Bernardo Silva dan Rodri yang berada dalam kelompok 20 terbaik.

Bintang Arsenal, Bukayo Saka terlepas peluang untuk menyertai kelompok 10 terbaik apabila berada di tangga ke-11, manakala Declan Rice dinamakan dalam kelompok 20 pemain terbaik dunia.