Buang pemikiran lapuk anggap wanita sebagai ‘tokenisme'

Iklan
Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara Nasional (AWAN), Datuk Aiman Athirah Sabu menyampaikan pidato sewaktu Konvensyen Amanah Wanita Nasional 2023 pada Jumaat. FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.

KLANG - Parti Amanah Negara (Amanah) meminta orang ramai supaya menguburkan corak pemikiran lapuk bahawa presentasi kaum wanita di pelbagai bidang sebagai satu bentuk ‘tokenisme’ semata-mata.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, ia kerana wanita merupakan makhluk ‘multi fokal’ yang mampu mengerjakan banyak tugasan dalam satu masa seperti pengurus keluarga, pembuat keputusan rumahtangga dan penyumbang tenaga untuk masyarakat.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, kaum hawa pada hari ini menyumbang dari segi kapital insan, sosial, kewangan dan psikologi dalam pelbagai bidang, termasuk politik serta turut ‘turun padang’ berjuang demi kesejahteraan masyarakat.

"Sepantas kata saintis politik terkenal, Lea Sgier, kuota wanita tidak harus dilihat sebagai kuota gender, tetapi sebagai demokrasi itu sendiri.

Iklan

"Hal ini kerana demokrasi adalah hubungan antara rakyat dan negara, identiti serta pertaliannya dengan kuasa dalam mendefinisikan dunia sosial

"Ia isyarat jelas bahawa meletakkan wanita sebagai pemimpin bermaksud komunikasi yang telus dari segi kesaksamaan, berstruktur, keterbukaan serta dinamik berasaskan orientasi,” katanya pada Jumaat.

Ketua Angkatan Wanita Amanah NegaraNasional (AWAN), Datuk Aiman Athirah Sabu menyampaikan pidato sewaktu Konvensyen Amanah Wanita Nasional 2023 pada Jumaat. FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato di konvensyen AWAN Nasional 2023 bertempat di hotel Wyndham Acmar, di sini.

Hadir sama, Naib Presiden Amanah, Adly Zahari; Timbalan Ketua AWAN Nasional merangkap pengarah konvesyen, Nor Hayati Bachok; Naib Presiden Amanah, Dr Siti Mariah Mahmud; Jawatankuasa Pimpinan Nasional, Datuk Dr Hasan Baharom dan Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid.

Selain itu, Timbalan Ketua kepimpinan Jawatankuasa Eksekutif Pemuda DAP (DAPSY), Young Syefura Othman; wakil kedutaan Turki, Australia, Singapura dan Palestin serta perwakilan dari seluruh negara.

Aiman memaklumkan, wanita dalam Kerajaan Perpaduan di bawah kerangka Malaysia Madani percaya bahawa pendekatan maskulin dalam jangka hayat politik baharu tidak wajar diberikan peluang.

"Hegemonik maskuliniti tidak sewajarnya dianggap normal yang akhirnya dinormalisasikan dalam sikap perjuangan, apatah lagi kepimpinan.

"Jangan lupa, kaum hawa pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

"Wanita bukan semata-mata aksesori dalam jentera politik untuk menjaring undi, kita telah menunjukkan keikhlasan, kesungguhan, segenap daya upaya dan gagasan untuk memajukan negara,” ujarnya.