Kapten Chelsea 'cuti panjang'

Iklan
James akan menjalani pembedahan akibat masalah hamstring berulang. - Foto Instagram Reece James

KAPTEN Chelsea, Reece James memaklumkan akan menjalani pembedahan akibat masalah hamstring berulang.

Pemain berusia 24 tahun itu berkongsi perkhabaran tersebut menerusi laman sosialnya pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Susulan pembedahan tersebut, pemain pertahanan kanan skuad England itu mengesahkan dia terpaksa bercuti panjang.

"Saya menjalani pembedahan hari ini untuk cuba membetulkan masalah hamstring saya yang berulang, pemulihan telah bermula, dari segi fizikal dan mental,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Iklan

James sebelum ini terlepas tujuh aksi Liga Perdana Inggeris ekoran kecederaan hamstring dan mengalami masalah sama ketika Chelsea tumpas 0-2 kepada Everton bulan ini.

"Ramai tahu saya cedera, tetapi prosedur yang saya akan lakukan kali ini mengambil masa lebih lama untuk benar-benar sembuh,” ujar James.

Iklan

The Blues yang ketika ini menghuni tangga ke-10 liga akan menentang Wolverhampton Wanderers pada Ahad.