JUARA dunia Argentina kekal mempertahankan kedudukan nombor 1 dunia pasukan lelaki pada akhir tahun 2023 dalam ranking yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis, lapor Xinhua.
Argentina kembali menduduki tempat teratas dalam ranking FIFA pada April dan terus mendahului sejak itu, sementara sembilan lagi kedudukan dalam 10 pasukan teratas bertukar banyak kali.