'Amanah bukan lagi imej parti baharu' - Adly

Iklan
Adly (kanan) dan Aiman (kiri) ketika sidang media Konvensyen AWAN Nasional 2023 di hotel Wyndham Acmar, di sini pada Jumaat. FOTO SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR

KLANG - Parti Amanah Negara (Amanah) bukan lagi dianggap sebagai imej pendatang baharu dalam negara memandangkan ia sudah melepasi dua siri pilihan raya sepanjang lapan tahun penubuhan.

Naib presidennya, Adly Zahari berkata, bukan mudah untuk sesebuah parti politik bertahan lebih daripada tiga siri pilihan raya, tidak seperti Semangat 46 yang telah terkubur dalam lipatan sejarah.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurutnya, ia tidak menjadi satu isu besar untuk dibincangkan, malah perkara yang lebih penting buat masa sekarang adalah penekanan dan fokus terhadap prinsip asas Amanah.

Naib Presiden Amanah, Adly Zahari menyempurnakan gimik perasmian pada sewaktu Konvensyen Amanah Wanita Nasional 2023 pada Jumaat. FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.

"Selagi Amanah berpegang kepada prinsip sederhana dan nilai politik itu merupakan perkara paling teras untuk parti bergerak ke hadapan, maka Amanah akan kekal sebagai parti dalam Malaysia," katanya ketika sidang media Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) 2023 di hotel Wyndham Acmar, di sini pada Jumaat.

Iklan

Hadir sama, Ketua AWAN Nasional, Datuk Aiman Athirah Sabu; Timbalan Ketua merangkap pengarah konvesyen, Nor Hayati Bachok; Naib Presiden Amanah, Dr Siti Mariah Mahmud; Jawatankuasa Pimpinan Nasional, Datuk Dr Hasan Baharom dan Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid.

Selain itu, Timbalan Ketua kepimpinan Jawatankuasa Eksekutif Pemuda DAP (DAPSY), Young Syefura Othman; wakil kedutaan Turki, Australia, Singapura dan Palestin serta perwakilan dari seluruh negara.

Iklan