KUALA LUMPUR - Penyanyi rap Caprice selesai memberi keterangan dipercayai berhubung tindakannya memuat naik video reaksi berkaitan insiden seorang pelajar sekolah maut dilanggar kenderaan dipandu seorang pegawai kanan polis, baru-baru ini.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, kira-kira 12.30 tengah hari ditemani pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki Aksan.