Mati tersepit ketika selenggara lori

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana tersepit di bawah kabin lori yang sedang diselenggara.

GEORGE TOWN - Seorang pekerja penyelenggaraan maut apabila tersepit di bahagian bawah kabin lori di sebuah bengkel di Jalan Tasek, Simpang Ampat di sini pada Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Safi@Roslan Abdullah berkata, mangsa merupakan warga tempatan berusia 52 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.12 petang lalu bergegas ke lokasi kemalangan.

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

"Apabila bomba tiba di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa iaitu pekerja penyelenggaraan tersepit di bahagian bawah kabin lori.

Iklan

"Kita kemudiannya menjalankan kerja menyelamat untuk mengeluarkan mangsa dengan membuat 'size up' menggunakan peralatan khas. Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 2.57 petang tadi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang menjalankan kerja menyelenggara lori berkenaan di bengkel tersebut.

Iklan

Tambahnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang berada di lokasi.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi tamat pada jam 4.04 petang," katanya.