20 negara diketuai AS bergabung perangi Houthi di Laut Merah

Iklan
Kapal kargo Galaxy Leader yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Israel telah dirampas kumpulan Houthi Yemen di Laut Merah. - AFP

YEMEN - Lebih 20 negara telah menyertai pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi kapal yang melalui Laut Merah daripada serangan kumpulan Houthi Yemen, kata Pentagon pada Khamis.

Kumpulan Houthi yang disokong Iran dipercayai menyasarkan kapal-kapal yang mempunyai hubungan dengan Israel sebagai langkah menyokong rakyat Palestin di Gaza.

Iklan
Iklan

"Kami mempunyai 20 negara yang kini menandatangani untuk menyertai pakatan itu," kata jurucakap Pentagon, Mejar Jeneral Pat Ryder memberitahu wartawan.

Ryder berkata, Houthi 'menyerang kesejahteraan ekonomi dan kemakmuran di seluruh dunia' dengan berkesan dan menjadi 'penyamun' di sepanjang laluan antarabangsa di Laut Merah.

Iklan

Tambahnya, pasukan pakatan itu akan berkhidmat sebagai peronda di Laut Merah dan Teluk Aden bagi bertindak balas terhadap serangan kumpulan Houthi.

Pada Isnin lalu, AS mengumumkan pakatan multinasional Laut Merah, manakala Houthi memberi amaran pada dua hari kemudian bahawa mereka akan menyerang balas jika diserang. - AFP

Iklan