Pameran lukisan solo pertama Anwar angkat tema gunung

Iklan
Anwar menerangkan karya Semangat Air dan Cahaya pada pameran lukisan solo di Aswara, di sini hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR - Selepas hampir 50 tahun bergiat aktif dalam bidang penulisan kreatif, Sasterawan Negara, Datuk Anwar Ridhwan kini tampil melebarkan cabang seni dalam bidang lukisan.

Mula aktif melukis awal tahun ini, Anwar yang juga bekas profesor pelawat di Universiti Tokyo, Jepun (pembelajaran bahasa Melayu) selama tiga tahun buat julung kalinya mengadakan pameran solo di Galeri Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Iklan
Iklan

Pameran yang mengangkat tema 'Gunungan: Alam Yang Belum Beriwayat' itu berakhir hari ini selepas sebulan dipamerkan secara terbuka.

Menurut Anwar yang juga pensyarah Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem Aswara, sebanyak 39 lukisan hasil karya beliau dipamerkan dalam pameran solo itu.

Iklan

Katanya, selain tema gunung yang bersifat unik, karyanya juga dihasilkan menggunakan metal atau besi serta kanvas sekali gus berbeza dengan lukisan pelukis lain.

"Saya rasa lukisan ini adalah satu medium yang kita boleh bercerita menggunakan bentuk, warna dan garis. Kalau kita mengarang menggunakan huruf, maka artis menggunakan warna untuk menyampaikan mesej.

Iklan
Anwar menerangkan karya Tempo-Alam Menyukat Waktu pada pameran lukisan di Aswara, di sini hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI

"Jadi, saya kira berbanding dengan tulisan, lukisan ini boleh dinikmati oleh pelbagai orang dan latar belakang yang dapat menghargai bentuk lukisan kita. Maka sebab itulah saya nekad untuk serius melukis," katanya kepada Sinar Harian ketika di temui di Galeri Aswara di sini hari ini.

Dalam pada itu, ditanya tempoh diambil beliau untuk menghasilkan semua lukisan yang dipamerkan, Anwar berkata, ia mengambil tempoh selama sembilan bulan untuk disiapkan.

"Sejujurnya saya telah lama menanam impian untuk mengadakan pameran lukisan solo, jadi awal tahun lalu, saya nekad untuk hasilkan lukisan.

"Alhamdulillah, akhirnya impian saya untuk membuat pameran solo berjaya, selain hasil seni turut mendapat maklum balas positif daripada pelukis tempatan,"kata anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu.

Katanya, sepanjang awal tahun lalu, beliau turut memperlahankan aktiviti penulisan yang menjadi rutin hidup sejak sekian lama semata-mata ingin memberi tumpuan terhadap bidang lukisan.

Mengulas mengenai perancangan masa depan, Anwar berkata, beliau berhasrat untuk mengikuti pameran bersama dengan pelukis-pelukis tempatan.