KUALA LUMPUR - Beberapa daerah di Kelantan dijangka dilanda banjir bermula Ahad ini hingga Isnin.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan malam ini memaklumkan ramalan awal banjir tersebut dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan tahap buruk oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini.