Konvensyen Nasional Amanah bermula, jawatan presiden jadi tumpuan

Iklan
Para perwakilan dari setiap negeri hadir sempena Konvensyen Nasional Amanah 2023 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Klang pada Sabtu.

KLANG - Pemilihan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden dalam kalangan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan antara dinantikan pada Konvensyen Nasional parti itu yang bermula hari ini.

Pemilihan bagi penggal 2023-2026 itu menyaksikan 124 calon telah menyerahkan borang pencalonan, termasuk Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Sabu, dua Naib Presiden iaitu Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari serta Pengarah Strategi Amanah, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad.

Iklan
Iklan

Mohamad yang merupakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dijadual memulakan atur cara konvensyen selama dua hari itu dengan menyampaikan pidato presiden pada kira-kira jam 10 pagi sebelum dibahaskan oleh perwakilan.

Jika dipilih semula, ia akan menjadi penggal terakhir bagi Mohamad untuk mengemudi parti yang mempunyai lebih 200,000 ahli itu.

Iklan

Menurut perlembagaan parti, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang akan dipilih oleh perwakilan, dan seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut.

Dalam pada, atur cara konvensyen juga menyaksikan satu taklimat khas berhubung perkembangan semasa situasi di Palestin akan diadakan dengan perkongsian disampaikan oleh wakil daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Iklan

Ia akan disusuli dengan pembentangan dan perbahasan usul oleh perwakilan sebelum sesi pemilihan bagi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah 2023-2026 dijalankan esok. - Bernama