Al Ahly cemerlang ketiga Piala Dunia Kelab

Iklan
Al Ahly meraih tempat ketiga Piala Dunia Kelab setelah menewaskan Urawa Reds 4-2 di Jeddah. - Foto: EPA.

KELAB Al Ahly dari Mesir meraih kedudukan ketiga Piala Dunia Kelab selepas menumpaskan juara Asia, Urawa Reds 4-2 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Jeddah lewat malam Jumaat.

Juara Afrika itu bermula positif menerusi sentugan Yasser Ibrahim dan Percy Tau untuk meletakkan mereka di depan 2-0 pada 25 minit permainan.

Iklan
Iklan

Namun kelab dari Jepun itu enggan berputus asa apabila berjaya merapatkan jurang gol hasil jaringan Jose Kante menuju penghujung babak pertama.

Memasuki separuh masa kedua, gol penalti Alexander Scholz membantu Urawa Reds mengikat Al Ahly untuk kedudukan 2-2.

Iklan

Berselang enam minit Al Ahly kembali mendahului setelah Yoshio Koizumi tertampan bola ke gawang sendiri.

Ketika masa tambahan berlarutan selam lapan minit Al Ahly menokok gol keempat menerusi Ali Maaloul sekali gus meleburkan harapn Urawa Reds untuk mengungguli perlawanan tersebut.

Iklan