Maqis, Kastam rampas ikan hiasan tanpa permit dari Singapura

Iklan
Ikan hiasan tanpa permit cuba dibawa dari Singapura dirampas kerana tiada permit, pada Jumaat.- Foto Maqis

JOHOR BAHRU - Cubaan membawa masuk pelbagai jenis ikan hiasan tanpa permit bernilai RM2,000 dari Singapura berjaya digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada Jumaat.

Maqis Johor dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan kenderaan persendirian yang membawa kotak ikan dengan meletakkannya di bahagian belakang kenderaan berjaya dikesan di laluan kereta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada jam 3 petang.

Iklan
Iklan

"Antara spesis ikan tersebut ialah Bichir sebanyak 30 ekor, Pleco atau bandaraya (10 ekor), Corydoras sp (10 ekor) dan Denison barb (40 ekor)," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menjelaskan perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran hasilan pertanian tanpa permit import MAQIS menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

Iklan
Iklan

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.