Amanah mungkin terdedah kepada konflik dalaman - Mohamad Sabu

Iklan
Mohamad Sabu - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN

KLANG - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mengakui parti itu mungkin terdedah kepada konflik dalaman dan keberantakan sekiranya wujud perjuangan untuk kepentingan diri atau kelompok tertentu.

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja itu, masalah itu boleh berlaku apabila ada pemimpin dan ahli yang kehilangan kompas moral khususnya dalam mendepani pemilihan parti kali ini.

Iklan
Iklan

"Saya (juga) mahukan semua peringkat parti, samada di peringkat Nasional, Negeri, sayap Wanita Amanah (AWAN), Pemuda, Wanita Muda Aamanah (Warda), kawasan sampai ke cawangan supaya merapatkan saf sejurus selepas pemilihan parti ini selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2023 di salah sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Iklan

Tambahnya, semua pimpinan di setiap peringkat juga digesa supaya meletakkan keazaman untuk sentiasa bersatu demi kelangsungan parti.

"Sebenarnya kekuatan hakiki Amanah bukan sahaja terletak kepada pendekatan strategi politik atau organisasinya. Parti ini juga tidak meletakkan pergantungan kekuatan partinya kepada karisma serta aura seseorang pemimpin.

Iklan

"Sebaliknya, teras kepemimpinan parti Amanah ini ialah kepada keserasian collective leadership yang padu,” katanya.

Ujarnya, setiap pemimpin memainkan peranan yang agak unik dan istimewa dalam kepimpinan parti.