[VIDEO] Ambang Tahun Baru 2020 Selangor meriah

Iklan
Sambutan Ambang 2020 Selangor bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam meriah.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Sambutan Ambang Tahun Baru 2020 peringkat negeri Selangor berlangsung meriah apabila lebih 15,000 pengunjung hadir memeriahkan sekitar Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini hari ini.

Program yang berlangsung sejak pagi ini dimeriahkan dengan pelbagai acara antaranya pertandingan e-games dan pada petangnya dimeriahkan dengan aktiviti Selangor berselawat dan qasidah, persembahan nasyid dan tidak ketinggalan persembahan daripada artis-artis terkenal tanah air.

Iklan
Iklan

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, kerajaan negeri mengambil tanggungjawab untuk mendekati semua kategori masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan warna kulit.

"Ini sejajar dengan pendekatan dan pendirian kerajaan negeri yang mengamalkan dasar inklusif dengan penglibatan rapat daripada pelbagai lapisan masyrakat yang berbilang bangsa.

Iklan

"Ia merupakan usaha kerajaan negeri dalam memupuk dan memperkukuh perpaduan serta keharmonian antara masyarakat sesama kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Ambang 2020 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini.

Iklan

Katanya, pelaksanaan Sambutan Ambang Tahun Baru merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor bertujuan untuk menyediakan aktiviti dan hiburan berinformasi.

"Selain itu ia sebagai alternatif yang disampaikan secara santai kontemporari dan menghiburkan khusus kepada semua golongan remaja, belia serta masyarakat untuk menyambut tahun baru 2020.

"Program-program ini akan disampaikan dalam bentuk yang inklusif, santai dan menghiburkan sesuai dengan cita rasa serta releven dengan masyarakat masa kini," katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri telah mengambil langkah dengan menganjurkan program yang berkonsepkan karnival dalam skala yang besar.

"Anggaran pengujung yang akan hadir dalam berjumlah lebih 15,000 orang yang akan memberi impak dan manfaat kepada semua golongan masyarakat di negeri ini.

"Program pada malam ini juga dijadikan medium dan platform untuk membawa belia dan komuniti warga Selangor untuk bersama-sama menyambut Ambang Tahun 2020 dengan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat," katanya.

Pengunjung yang hadir ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam menyambut ambang 2020.

Antara persembahan yang memeriahkan sambutan kali ini adalah Lion Dance, Bangra (tarian punjabi),Urmi (Gendang India), Silambam, Gendang & Serunai, Kompang berirama, Bag Pipe, Drum Line.

Tidak ketinggalan acara Night Run yang disertai lebih 1,500 peserta dan pelbagai lagi acara dan aktiviti lain.

Tambahnya, pihaknya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana dapat hadir ke Majlis Perasmian Sambutan Ambang Tahun 2020 anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

"Saya turut ingin merakamkan ucapan terima kasih dan sekalung tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Shah Alam dan pelbagai lagi pihak yang terlibat," katanya.