Ular sawa 20kg menyorok dalam bonet kereta

Iklan
Ular sawa batik yang ditemui di bahagian enjin kereta Proton Wira di Kampung Pantai Belimbing pada Jumaat.

ALOR GAJAH - Seorang lelaki yang mahu menghidupkan enjin kereta yang telah setahun tidak digunakan terkejut apabila mendapati ular sawa sepanjang empat meter di bahagian enjin kenderaan di Kampung Pantai Belimbing di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 8 pagi, pemilik kereta, Zaini Syawa, 54, berkata, dia tidak menyangka kereta Proton Wira yang diparkir di garaj rumah sejak tahun lalu menjadi tempat ular sawa menyorok.

Iklan
Iklan

Menurut Zaini, dia mahu menghidupkan enjin kereta dengan menggunakan kabel 'jumper' sebelum dikejutkan dengan penemuan reptilia dianggarkan seberat 20 kilogram.

"Saya terus tutup semula bonet kereta dan bergegas berlari ke rumah rakan berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Iklan

"Seorang rakan saya, kemudian menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah untuk meminta bantuan," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Anggota APM Alor Gajah berjaya menangkap reptilia menggunakan peralatan khas.

Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk menangkap ular sawa itu.

Iklan

Menurutnya, ular sawa tersebut agak agresif namun berjaya ditangkap dalam masa hampir sejam sebelum dibawa balik ke PDPA Alor Gajah untuk tindakan lanjut.

"Anggota berjaya mengeluarkan ular sawa itu dalam masa kira-kira sejam dengan menggunakan peralatan khas," katanya.