11 formasi grafik hiasi langit Dataran Merdeka

Iklan
Formasi grafik yang menggambarkan keunikan dan keistimewaan Malaysia menjadi tarikan utama pada Ambang 2020 di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur. - Foto:Zahid Izzani

KUALA LUMPUR - Tiga gambaran keunikan dan keistimewaan Malaysia iaitu wau, durian dan beca antara 11 formasi grafik yang menghiasi langit Dataran Merdeka sempena menyambut tahun baru 2020 malam tadi.

Pertunjukan istimewa yang berlangsung lebih 10 minit itu turut diikuti percikan bunga api sebagai mercu tanda pembuka untuk kempen Melawat Malaysia 2020.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir menyaksikan persembahan tersebut sekali gus melancarkan kempen berkenaan.

Formasi grafik yang menggambarkan keunikan dan keistimewaan Malaysia menjadi tarikan utama pada Ambang 2020 di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur. - Foto:Zahid Izzani

Iklan

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diiringi barisan menteri Kabinet lain.

Ambang 2020@ Kuala Lumpur dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai program pembuka bagi menyemarakan kempen tahun melawat Malaysia itu.

Iklan

Formasi grafik yang menggambarkan keunikan dan keistimewaan Malaysia menjadi tarikan utama pada Ambang 2020 di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur. - Foto: Zahid Izzani

Menerusi kempen tersebut, Malaysia mensasarkan untuk menarik 30 juta pelancong antarabangsa dengan RM100 bilion pendapatan pelancongan negara yang merupakan antara sektor ekonomi penting negara.

Bagi menjayakan hasrat tersebut, kerajaan telah menyediakan 929 anggota polis pelancong di seluruh negara.

Langkah itu dibuat bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa berada di tahap terkawal dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong asing dan tempatan yang berkunjung ke negara ini.

Formasi grafik yang menggambarkan keunikan dan keistimewaan Malaysia menjadi tarikan utama pada Ambang 2020 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. - Foto: Zahid Izzani