Cadangan eksport Gula Super ke Singapura tak jejas bekalan di Johor

Iklan
LILIS SALINDA

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor memberi jaminan bekalan gula di negeri ini tidak akan terganggu sekiranya syarikat pengeluar gula negara ini mengeksport gula super ke Singapura.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, cadangan tersebut diyakini sudah diteliti pihak terlibat secara menyeluruh di peringkat pusat dengan mengambil kira keperluan rakyat secara keseluruhannya.

Iklan
Iklan

Lilis Saslinda (tengah) meninjau harga barang kawalan musim perayaan Krismas di sebuah pasar raya di Austin Heights pada Sabtu.


"Jadi, saya percaya perkara (gangguan bekalan di Johor) tidak akan berlaku (sekiranya MSM eksport gula ke Singapura). Sebab dari segi keperluan itu, kerajaan semestinya akan memastikan keperluan rakyat Malaysia sendiri adalah mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di sebuah pasar raya di Austin Height dekat sini pada Sabtu.

Iklan

Pada 6 Disember lalu, MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) bercadang mengeksport produk terbaharu dalam barisan produk Gula Prai iaitu gula putih premium Gula Super ke negara jiran tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Syed Feizal Syed Mohammad, berkata MSM menyasarkan Singapura buat masa ini berikutan jarak antara kilangnya di Johor dan negara itu.

Iklan