Amanah gesa tubuh segera Kerajaan Perpaduan di Johor

Iklan
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika berucap pada Konvensyen Amanah Nasional 2023 dan melancarkan program Amanah 4Ever serta menyampaikan kad keahlian parti seumur hidup buat lima pimpinan tertinggi. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN

KLANG - Seorang perwakilan Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa supaya Kerajaan Perpaduan di Johor segera ditubuhkan.

Perwakilan Johor, Zuhan Zain berkata, ketika ini kerajaan di negeri berkenaan hanya diterajui satu parti sahaja.

Iklan
Iklan

Keadaan ini katanya, tidak selari dengan semangat Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat.

"Wakil Amanah serta Pakatan Harapan (PH) perlu berada bersama dalam kepimpinan kerajaan negeri walaupun Barisan Nasional (BN) kini mendominasi dengan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Iklan

"(Jadi) Amanah Johor menuntut untuk menghantar satu signal supaya diwujudkan segera Kerajaan Perpaduan di Johor,” katanya ketika membahaskan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2023 di salah sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Zuhan dalam masa sama menggesa supaya kerusi DUN Puteri Wangsa yang diserahkan kepada n Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebelum ini dikembalikan semula kepada PH.

Iklan

"Kerusi Puteri Wangsa mesti dikembalikan kepada Amanah dan mesti kekal sebagai ‘status quo’,” katanya.