10,000 peserta meriahkan Karnival Permotoran Dua Roda Temerloh

Iklan
Dijangka 10,000 peserta dengan pelbagai jenis jentera motosikal menyertai karnival dua hari yang berlangsung di Dataran Temerloh bermula Sabtu. Gambar kecil: Syafrein Effendi

TEMERLOH - Seramai 10,000 peserta dengan pelbagai jenis jentera motosikal dari pelusuk negara dijangka memeriahkan Karnival Permotoran Dua Roda Temerloh 2023 yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu.

Karnival anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Parlimen Temerloh dan Lambat Tinggal Group serta Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) itu berlangsung di Dataran Temerloh dekat sini.

Iklan
Iklan

Setiausaha program, Syafrein Effendi Zulkipli berkata, karnival yang julung kalinya diadakan itu terbuka kepada semua jenis model motosikal.

Pelbagai jenis jentera motosikal yang menyertai karnival dua hari bermula Sabtu.

Menurutnya, karnival itu dirancang bagi mengumpul peminat dunia pemotoran dan mendidik mereka mengenai peraturan jalan raya.

Iklan

"Ia juga sebagai usaha mempromosikan ekopelancongan dan menjadikannya sebagai acara tahunan di Temerloh," katanya.

Jelasnya, pelbagai sektor seperti pengusaha hotel, homestay, restoran turut menerima manfaat menerusi penganjuran karnival itu.

Iklan

Tambahnya, pelbagai aktiviti diadakan seperti pameran, pertandingan pelbagai kategori jentera terbaik serta penyelenggaraan motosikal terawal secara percuma kepada orang ramai selain persembahan artis jemputan.

"Acara penutup akan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada jam 5 petang esok (Ahad)," katanya.